Bismillahirrahmanirrahim.
Buat seketika, aku jadi termangu, bingung dan tercari satu arah. Buat kali yg sudah berkali-kali aku kembali menjadi seorang perindu.Rinduku bknlah calang2. Aku tiba2 terlihat banyak persoalan yg terhampar luas di hadapan aku, aku seolah-olah diperlihatkan dgn pelbagai ragam dunia.
Analoginya, senang. Andai ramai di luar sana yg mengatakan dan turut bersetuju dgn persamaan konsep: dunia adalah pentas lakonan yg dilakonkn oleh manusiawi. Maka, aku turut mempersetujuinya. Seolahnya semalam, aku salah satu dari boneka yg bermain di pentas lakon ini, diberhentikan watakku. Yang aku mampu lakukan, hanyalah duduk, diam dan memerhatikan. Bagaikan sebuah patung/ boneka yg tercacat, x berkemampuan, aku hanya duduk di sisi pentas..memerhatikan watak-watak lain sedang rakus,sedang leka dengan peranan masing-masing. Sesekali ak tergelak kecil melihat boneka2 yg sebahagiannya angkuh, sombong menuturkan skrip tersendiri yang lansung x tertulis pada selembar manuskrip yang perlu mereka telaahi.
Sesekali aku jadi geram dgn boneka yg x mempertontonkan persembahan yang terbaik, menujah arus ceritera dgn lagak dan gaya mereka.
Kembali sedih, aku boneka yg sdh x berdaya. Aku teruskan langkah kakiku, lemah tanpa arah, lelah tanpa tujuan. Siapa yg bersama aku ketika itu. Kosong jasad yg terkira. Sampai di satu persimpangan, kerna lelah..aku jatuh. Luka kakiku x membenarkan aku bangkit lagi. Kutoleh kiri dan kananku, depan dan belakangku: mengharap ada jasad yg menghulur tangan, sakit tak terdaya. Aku jadi haru, yg aku ingat pd tika dan saat itu adalah DIA;PENCIPTAKU.
NAH,TELAH AKU PERSEMBAHKAN KEJAHILANKU YANG PALING NYATA;MENCARI TUHAN KETIKA KESULITANKU.
Satu demi satu ayat2 cinta bermain, terlayar pada putaran akalku, menyeruku kepada Agungnya Dia. Aku trus jadi malu, bahuku terasa lemah, lutut x lagi berdaya menampung berat, aku biarkan saja diriku jatuh, aku tundukkan saja wajahku sedang bahuku terhinggut-hinggut. Berat rasa yg kutanggung, aku sudah lupa siapa aku sebenarnya, aku sudah lupa siapa DIA sebenanrnya sedang setiap zarah udara yg kusedut saban detik adalah anugerah dariNya pada waktu yang selama ini aku x lg memberatkan DIA dlm kehidupanku.
Dahulu;
Aku sgt mencintaiNya, aku sangat rindu dgn setiap panggilan yg menyeruku kembali kepadaNya lima kali sehari itu. Dalam setiap sujudku, bagaikan ak x mahu berganjak lansung untuk bangun, menutup tirai salam terakhir di setiap sudut kerana aku sangat merinduiNya. Sebolehnya, aku tdk mahu bangun dari sujudku, mahu terus shj aku menikmati rasa kasihNya padaku. Di setiap basah lidahku, ada harapan setinggi langit untukku bertemuNya. Setiap kaliku terduga, ada rasa keyakinan yg utuh di kalbu sehingga aku tampil menjadi si gagah perkasa. Mampu aku menyeru, datanglah apa saja kepadaku, aku sgt yakin, DIA akn sentiasa bersamaku, maka binasalah setiap yg mendatang..Yang aku harap, REDHONYA. x pernah aku impikan kemewahan kehidupan lain di sisiku di dunia ini, cukuplah bagiku dgn REDHA DAN RAHMATNYA.Aku jd canggung dgn stiap waktu yg berlalu pantas meninggalkan aku mensia-siakannya. Aku jadi takut andai aku tersalah bicara dgn saudaraku. Aku jd takut andai aku terlambat menyahut seruaNya.
Kemudian;
aku membesar, aku belajar dan aku menjadi manusia yg kian sibuk mengejar kabanggaan duniawi. Sekalipun masih ada yg msih benar2 terpelihara, hubunganku dgn cinta hatiku kian terlerai. Penampilanku masih kemas, menutup apa yg perlu ditutup..Sesekali mengejar masa dunia yg sentiasa menggesa, aku menjadi selekeh hatta sekecil luas lengan aku persembahkan untuk tatapan yg bkn hakku, bila sarungnya sdh x tersempat kusarungkan. Aku masih menunaikan tuntutan lima waktuku, namun waktu yang ku manfaatkan hanyalah seketika cuma..tiada untaian kata kasih, tiada keharuan dlm kesyukuran,tiada lagi kesungguhan dalam menuntut. Sedang dulu, aku sgt tenang di tikar sejadah itu, datanglah apa saja, selagi belum puasku menutur kata kasih, selagi belum kering air mataku mencela diri, takkan pernah aku bangun.
Kini;
Dia mengujiku.
Tuhanku, ampunkanlah aku di atas kealpaanku. Terima kasih atas sapan lembut yang engkau hulurkan kepadaku. Dalam lelah sesak nafas, aku masih hidup berhutangkan nikmatMu. Betapa kasih Engkau padaku, x pernah meninggalkan aku keseorangan sekalipun aku pernah sedetik mengabaikanmu tanpa kekhusyukan yang penuh dgn salam kerinduan dan kasih. Betapa banyak nikmat yg Engkau kurniakan kpdku, betapa sedikit yg aku syukuri kpdMu.
Sememangnya aku sgt bahagia dgn nikmatNYA. Tp, aku msih kosong dan sepi. Betapa dia selalu berada bersamaku dan kini sudah berpuluh tahun aku hidup berbekalkan nikmatNYA.
ada satu pertanyaan yg sgt aku takutkan, .:SELAMA AKU HIDUP INI, APAKAH YANG TELAH AKU LAKUKAN KEPADA SELURUH SAUDARAKU, APA YANG TELAH AKU LAKUKAN DALAM MEMBANTU AGAMANYA, APAKAH BUKTI YANG AKANKU PERSEMBAHKAN KEPADANYA TATKALA AKU MENGAKU DIALAH CINTAKU:.
iRONINYA, aku sgt gusar.
Aku boneka. Aku kembali ke sisi pentas lakonan manusiawi. Baru sahaja mataku terbuka luas, pintu dan seluruh jendela hatiku dilihatkan dgn mehnah.
Aku bukanlah manusia sempurna, tapi aku adalah khalifah, aku punya tanggungjawab.
Mehnah yg terhampar di hadapan adalah tanggungjawabku. Merekalah bukti untukku bawa suatu masa nanti.
Biar pahit, Biar perit. Kerna nanti, syurga itu manis, syurga itu syifa'a.
Aku sgt mencintaiMu ya RABB, permudahkanlah jalanku menujuMu.
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment