Di saat aku menulis entry kali ni, emosi aku agak2 banyak jugaklah terganggu dengan segala mehnah dan wadah peristiwa yang sedang berlaku di sekeliling, sekitar dan seumpamanya yang memberi maksud dekat denganku.
Aku baru jer habis training netball, ialah..kompem penat..Dengan perut yg sudah berkeroncong kegelisahan disebabkan tindakan aku mengambil keputusan tuk menelan sebanyak mana air tuk memenuhi kehendak tekakku, aku nak melampiaskan semua kekesalan aku di sini.
Alkesah bermula, kampus aku akan adakan liga sukan yang akan bermula esok! Dan, aku da bg nama tuk wakilkan fakulti aku nanti tuk acara netball yang aku sayang2. Sayang seribu kali lagi sayangnya aku kepada netball bila komitmen yang team aku kasi tak setinggi gunung everest. Nak setinggi gunung everest tu payah, hatta sedikit busut semut pun tak sampai.
Mula2 nak cari org dan membe2 lain tuk wakilkan fakulti pun da mengacah kesabaran aku. Mula2, mmg xder org nak lah main game ni, sampailah keadaan memaksa tuk melakukan adegan paksa rela antara kami.So, dalam keterpaksaan tersebut, berjaya juga kami mengumpulkan kesemua sepuluh pemain handalan-inshaAllah-
Masalah seterusnya timbul bila satu demi satu team member balik rumah disebabkan cuti yang tetiba datang mengetuk pintu jadual hidup kami warga BSB sekalian. Siapa lah yang tak gembira( aku sangat gembira)...Seperti mana aku, membe2 lain pun bersorak gembira kerana jadual kehidupan kami untuk hari jumaat sudah berubah di mana kami akan menjadi insan yang benar-benar bahagia tanpa palitan gelaran 'pelajar'.
Yang x terlibat ngan liga pun balik, yang mengharukan... yg terlibat dgn liga juga balik ke pangkuan keluarga masing2..aku x boleh nk halang sbb kebahagiaan adalah hak milik setiap insan..semoga mereka berbahagia di samping family masing2..
Keadaan menjadi lagi bercelaru bila weekend nanti ada pula sesetengah kelab n persatuan yang mengadakan aktiviti kokurikulum mereka pada masa tersebut..so, nak ponteng2 koko bukan isu sekecil kuman, team member yang terlibat ngan aktiviti koko terpaksa pula memenuhi undangan koko mereka dengan jayanya.
Sekarang, kami kekurangan pemain, kesuntukan masa, dan kebuntuan jalan.
Saki baki kami hanyalah separuh orang daripada satu pasukan sebenarnya. Lagi separuh pergi menunaikan kewajipan mereka kepada koko dan keluarga masing2.
Keadaan menjadi lebih parah bila daripada jumlah separuh tersebut, hanyalah 2/5 yang memberikan komitmen luar biasa, berbekalkan semangat membawa nama fakulti.
Persoalan aku,
Di mana kalian semua???
Setelah puas aku berfikir, baru aku nampak sebabnya.
Setelah puas aku mendengar, aku tak mampu nak kata apa..(sbb, dah org nk kata mcm tu, fikiran mrk mcm tu,ak xder hak nk halang...nk perang mulut?maaf, tu mengundang banyak lagi kesan lain..)
Setelah puas aku memerhati, aku lantas cuba menafikan kesemua kesimpulan.
Antara penemuan2 aku berdasarkan pemerhatian, bancian, pendengaran keluh kesah, perbincangan terhadap akar umbi permasalahan ini ialah:>
1. 'netball tuk budak2 gedik jer,ktorang xmainlah netball ni'
~aduhai membe2 ku syg,adakah kampus kita mahupun rule netball itu sendiri menuntut kita melakukan aksi2 gedik di gelanggang? adakah kita gedik berebut satu bola dan memastikan bola tersebut berada dlm genggaman kumpulan kita bergelut dengan gender kita sendiri? Adakah kita gedik bila pemakaian kita di perlawanan masih berdasrkan garis panduan dan etika berpakaian yang betul?adakah???~
2. 'weekend ni ak nk study lar. byk assgmnt, lgpun quiz pun banyak kan mgu dpn'
~aduhai sahabat.apakah bnr kamu memperuntukkan masa 24 jam full semata-mata untuk study setiap weekend?tipulah kalau ada antara kalian kate ya!seperti mana anda, kami jg memerlukan masa untuk study.Paling kurang pun kami mahu pinjam
masa kalian selama 3 jam tuk bantu kami, bantu fakulti dan bantu diri melakukan satu ibadah dalam skop sukan.Dan waktu itu boleh ditolak daripada waktu kalian mengumpat, termenung, mundar mandir, bersms, ber'calling', surfing, mahupun berchatting.aduhai~
3. 'kite x reti main la, nanti x psl2 kite malukan team'
~tetiba terasa diriku juga jahil, main pun tak pandai juga..tp ak masih mahu mencuba. Proses pembelajaran tak semestinya tertumpu pada satu skop dan bidang semata-mata..paling penting mencari pengalaman dengan mencipta memori terbaik, mencabar diri sendiri untuk meneroka potensi diri yang tak terlihat.parah2lah kalau semuanya mcm tu~
4. 'wat malu je main, bukan boleh menang pun..cam xder potensi je untuk menang'
~SYABAS sahabat, anda berjaya melemahkan semangat saya.bg aku "berpantang maut sebelum ajal",jd org gagal yang pernah mencuba jauh lebih baik dari jd org gagal yang lansung tak mencuba(itu pengecutlah namanya kak yer)
So, kami masih terkapai-kapai mencari ahli yang sudi mencukupkan team. 2/5 masih berjuang dan berperang dengan emosi yang teraruh oleh sikap segelintir pihak.
Biarlah, aku juga sudah makin penat. Kalau sudah kalah yang kalian doakan tuk team kita, maka..kami pun tak terdaya lagi.Semangat aku masih belum luntur, masih ada harapan yang berbaki untuk hari esok. Biarlah kalah asal pengiktirafan kalah kerana kami turun berjuang, bukan kalah kerana kami turun menyerah.
Seandainya kami kalah, kami masih bermaruah kerana kami berusaha membawa nama fakulti, ok!
Friday, March 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment