Thursday, March 11, 2010

Dia dan Kedangkalannya

Kosong…

Kosong..

Kosong.

Terpempan dek latah, terdiam dek bicara. Sakit melihat, sakit membaca, sakit mengamati.Bila sudah merasa diri sang pemilik cakerawala, lantas minda menjadi cetek, akal tak lagi setaraf manusiawi. Hati hitam, kotor dan legap, lansung tak mampu membenarkan cahaya petunjuk membiaskan bayang.

Akal cetek membuahkan formulasi pandir bukan alang.bicaranya tak lagi berasas, dia hilang pedoman, dia hilang pegangan.
Dia bikin dadaku sesak, dia buat diriku lemas, dia tuntun hatiku jadi emosi. Kemudian, dia tambahkan lelah dengan kajian dangkalnya mengenai kepercayaanku.

Dia buat aku takut, aku gusar, aku gundah, aku gulana. Dia buat aku menangis. Dalam sendu kerana gusar, aku masih membuahkan tawa sinikal.

Alangkah jahil, betapa dangkalnya dia.

Aku menangis kerna aku takut, juga kerna aku sayang. Aku takut ramai yang londeh pedoman, tergugat nanti akidah membaca kedangkalan dan tesis pandir dia.

Aku menangis keraana aku sayang saudaraku, aku tak mahu mereka mudah dicuit oleh fikiran bodoh dia yang menyeru kepada kebatilan.

Isu AYAH PIN masih belum selesai.

Sudah pandai pulak dia bermain facebook mengutuk ISLAM.

Tuhan, lindungi hatiku dan hati-hati saudaraku,hati-hati hambaMu. Balikkan dan tetapkanlah hati-hati kami pada jalanMu.

No comments:

Post a Comment

satu.persoalan

tekadku hari ini,mengucapkan selamat tinggal pada masa lalu. bagiku hari ini, kemarin tenggelam bersama tenggelamnya matahari.aku tidak takut bertemu hari esok.karena hari esok penuh dengan harapan.hari esok merupakan masa yang belum tersentuh belum mempunyai bentuk. lalu mengapa aku harus menyibukkan diri dengan hal itu.