Kejap2 dia gelak. Cemburunya aku. Nak join gelak juga, tapi terasa hipokrit sebab perasaan aku sangat kacau. Macam2 campuran ada dalam minda aku, tak tahu dah jadi sebatian apa. Kalau buat sebatian nak hasilkan batu geliga, komfem aku boleh jadi pandai lepas ni. Masalahnya duk sibuk buat sebatian menghasilkan sisa2 toksin yang dipercayai mampu membuatkan aku jadi lebih lemah, malas berfikir dan macam2 lagi yang tak tersanggup aku tulis.
Ada terdengar suara adik bongsu aku, dik MAD kt belakang. Dia pun rindu aku. Aku pun rindu dia. Dah lama aku tak balik rumah. Macam mana dia kat rumah sekarang, masih melekat dengan PS2 dia lah tu.

[mase ni, punyer lama aku tunggu mad keluar dari sekolah, dekat sejam jugak..hehe, tp pandai je die pujuk aku..bila masuk dalam kete jer, die tunjuk air dengan keropok yang die beli untuk aku]
'bz ke?' soalan tu, aku tak tahu nak jawab macam mana sebab aku dah jadi malas nak berfikir. Mestilah bz, esaimen aku berlambak-lambak, masalah bertimpa-timpa!
Astaghfirullah hal'azim.
Adik aku tak bersalah, mujurlah tak terkeluar emosional aku. Sedayaku, aku jawab 'taklah'.
Suara kat hujung talian dah bertukar. Orangnya tak lagi sama, suara yang aku rindu.
Semua yang aku rasa berat dah melayang pergi, hebat sungguh. Aku jadi seronok dengar suara itu. Satu demi satu aku dengar suara tu bercerita, tak pernah lelah, intonasinya tak pernah mendatar. Seronok. Terbayang persis wajah pemilik suara yang sedang bercerita. Rindu sangat2.
Pemilik suara itu baru sembuh dari sakit gigi. Seminggu rindu aku pada pemilik suara itu, aku tahankan. Semua masalah yang datang menimpaku, jadi makin berantakan tanpa kudengar suaranya. Aku gagahi hidup selama seminggu ini tanpa mendengar suaranya.
Sesekali bila tiba giliran aku membalas ceritanya, terkadang suara lembut itu membalas dengan semangat, penuh kelembutan. Sedayanya, semua aku cuba sembunyikan. Mendengar suaranya sebahagia itu, cukup membahagiakan aku, tak mahu pemilik suara itu tahu badai apa sedang aku bentengkan.
'Kenapa tak happy ni? Penat ye?'
Walaupun aku sangat berusaha mengerah usaha setiap otot2 dan saraf ku menuturkan suara terbaik untuk pendengarannya, masih pemilik suara itu tahu keadaanku.
TIADA APA YANG MAMPU KUSEMBUNYIKAN DARINYA.
MAMA SANGAT HEBAT.
Aku tak jadi berbual lama2 dengan ma tadi, sebab aku tak kuat nak terus pura2 kuat, sebab aku taknak ma tahu apa yang berlaku kat sini. InshaAllah, semuanya akan bertambah baik. Biasanya, kalu aku dah sembang ngan ma, takkanlah hanya ambik masa 20 minit macam tadi. Maunyer sejam lebih aku sembang dengan mama. Dari A sampai Z aku cerita semuanya pada mama.
Tapi momen itu, aku tak mampu.Bila mama da bagi nasihat dan motivasinya seperti biasa, aku minta undur diri. Ada nada kecewa di balik suara itu. Maaf ma.
Aku tak mahu ma bimbang, kondisi kesihatan ma baru baik, biarlah cepat baik. Tak mahu lagi aku ceritakan dugaan yang singgah kepadaku pada ma.

(sumber kekuatan dan pakar motivasiku)
InshaAllah, semuanya akan baik2 saja...
Rindu Mama, sayang Mama.


No comments:
Post a Comment