Sunday, March 14, 2010

2 x 26

lewat pagi tadi, aku dapat panggilan dari pemanggil yang aku tak jangka.

kacau perasaan aku sekejap..(hahaha, gelak bodoh nak sedapkan hati aku semata mata)

sungguh aku tak menjangka aku akan dapat panggilan tu dari dia.Masa tu dah pukul 2 pagi, aku masih terkial kial siapkan tutor statistik aku. Dengan kepala yang agak berserabut bila fikir esok ada kelas, pastu aku belum iron baju lagi,fikir esok pula ada test english, aku angkat je phone aku tanpa aku tengok nombor si pemanggil.

'salam ukhuwah dari tanah suci'

aku senyap sebab aku dah lama tak dengar suara tu, aku senyap sebab aku sebak, aku diam sebab aku bingung.

'sihat?' aku angguk walaupun aku tahu dia takkan nampak. (masa tu aku sedaya upaya control emosi aku lar, aiseyh)

'Ana sampaikan salam saudara dari Mekah untuk anti.' aku diam aja dengar suara dia, kalau lah dia tahu macam mana aku rasa masa tu, nak aja aku serbu dia dengan berlori soalan, biar sampai dia penat, biar sampai dia lelah.

'Awak,' Tu ja yang aku terdaya tanya. Tutor statistik aku biarkan je berlari, kemudian terdampar atas lantai mozek bilik aku. Fikiran aku bukan lagi pada hidup kampusku. Dia dah bawa aku ingat balik semua yang berkaitan antara aku dan dia. Dan aku macam biasalah, sekali lagi gelak2 bodoh.

'Kenapa, kenapa ber'ana'-'anti' dengan saya ni? Awak sihat ke tak ni?'
Aku mula jadi pelik bila dia membahasakan dirinya dalam kata ganti diri dalam bahasa Arab. Kemudian, aku dengar ada gelak kecil di hujung talian.

'Ok, lets go back to the time. Awak dan saya ye.' Hati aku lagi bingung, tapi aku lega bila dengar dia ketawa senang.

'Lama tak dengar berita ya, sebulan agaknya. Pergi mana?' Aku tanya selamba, terpulanglah nak jawab ke tidak, hakikatnya aku betul betul nak tahu selama tempoh sebulan ini, kat mana dia sembunyi.

'saya cerita semuanya, janji awak tak marah'

aku jadi makin canggung dengan permintaan dia yang tu, takkanlah dia ada buat salah dengan aku. Hai, biasa orang yang ada buat salah aja yang akan cakap macam tu. Belum bersempat aku nak kata apa2, terus disuruh berjanji supaya takkan naik marah nanti. Hati aku jadi makin takut, apa agaknya yang dia nak ceritakan dengan aku.

Aku mempertimbangkan segala kerasionalan aku pada tahap tersebut dan juga momen tersebut. Sememangnya yang aku nak dengar pada masa tu, semua benda yang dia nak ceritakan pada aku semata-mata. Sekarang aku membenarkan dimensi pebjelasan terbuka luas untuk dia. Aku tak mahu menjadi culas dalam soal ni, sebab aku benar2 ingin tahu, apa yang sedang berlaku.

'pertamanya, saya minta maaf sebab tak beritahu awal2. Saya tahu awak risau.'
aku dah makin berdebar debar, siapapun dia pada aku, aku tetap inginkan penjelasan terperinci!

'ada dapat mesej tiap2 pagi, tiap2 malam?' aku putarkan layar minda aku,mestilah ada. Dia yang menghantar saban pagi, masa sih, ditanya lagi aku ni.

dia memulakan cerita, suatu kejutan yang tak terduga lansung dalam kepala aku. Dalam keadaan macam tu, aku lafazkan syukur. Dia diberi anugerah, dia mendapat jemputan ke tanah suci menunaikan umrah.

dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang berita selama sebulan. memang aku sangat kecewa, kenapa lansung tak diberitahu aku?

setiap pagi dan malam pasti dia akan ingatkan aku tentang kisah2 teladan tamadun2 islam dahulukala. Tazkirah kiranya. Tapi, tak pula diberitahu dia berada jauh di sana.

Belum sempat aku tanya, dia jelaskan pada aku asbab sebenar, ada sendu yang aku tangkap di setiap patah katanya. Dia mengundang aku untuk sama terdiam, terasa sebak, juga turut bersendu. Dia pergi kerana dia buntu, saat semua keluhannya dia kongsikan kepada aku, aku turut sama terbuntu. Aku ingin katakan:

we will be alright, ill be by your side
i wont let you down
but i gotta know, no matter how things go
that you will be around


dia tak pernah tahu, yang mengikat aku bukanlah apa yang telah dia kehilangan.

'habis tu, siapalah yang hantarkan mesej2 tu pada tieah tiap2 pagi?'

'abang lutfi'

'kenapa, tak perlulah sampai menyusahkan orang lain.'

'lansung tak menyusahkan pun, semua mesej tu dah ditaip awal2 lagi sebelum saya berangkat, kemudian simpan dalam 'saved messages' dan nomborkan. Abang lutfi cuma perlu tekan send aja.'

dia buat aku menangis. tak perlu sampai begitu sekali ya akh. Mesej yang dihantar dua kali sehari, darabkan dengan 26 hari dia ke sana, maknanya sebelum dia bertolak dia sudah menaip 52 mesej untukku.

Subhanallah.

Aku sangat bangga dengan dia, ingin rasanya lihat dia dan senyumannya.
Aku tilik cincin permata hitam putih yg sememangnya sudah lama tersimpan di meja belajarku. Mungkin tempatnya bukan lagi di situ.


Cintailah sesuatu i2 sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,. bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

No comments:

Post a Comment

satu.persoalan

tekadku hari ini,mengucapkan selamat tinggal pada masa lalu. bagiku hari ini, kemarin tenggelam bersama tenggelamnya matahari.aku tidak takut bertemu hari esok.karena hari esok penuh dengan harapan.hari esok merupakan masa yang belum tersentuh belum mempunyai bentuk. lalu mengapa aku harus menyibukkan diri dengan hal itu.