Friday, March 26, 2010

SAYANG MAMA

Riang terdengar di telinga aku. Waktu tu masih awal malam. Agak2 lepas Isyak. Aku pula tak berapa nak concentrate buat assingment OSH, kepala pula duk fikir macam mana nak nuat dalam format A3 paper, sedang yang termapu laptop aku serviskan hanyalah sebesar A4 paper.

Kejap2 dia gelak. Cemburunya aku. Nak join gelak juga, tapi terasa hipokrit sebab perasaan aku sangat kacau. Macam2 campuran ada dalam minda aku, tak tahu dah jadi sebatian apa. Kalau buat sebatian nak hasilkan batu geliga, komfem aku boleh jadi pandai lepas ni. Masalahnya duk sibuk buat sebatian menghasilkan sisa2 toksin yang dipercayai mampu membuatkan aku jadi lebih lemah, malas berfikir dan macam2 lagi yang tak tersanggup aku tulis.

Ada terdengar suara adik bongsu aku, dik MAD kt belakang. Dia pun rindu aku. Aku pun rindu dia. Dah lama aku tak balik rumah. Macam mana dia kat rumah sekarang, masih melekat dengan PS2 dia lah tu.



[mase ni, punyer lama aku tunggu mad keluar dari sekolah, dekat sejam jugak..hehe, tp pandai je die pujuk aku..bila masuk dalam kete jer, die tunjuk air dengan keropok yang die beli untuk aku]

'bz ke?' soalan tu, aku tak tahu nak jawab macam mana sebab aku dah jadi malas nak berfikir. Mestilah bz, esaimen aku berlambak-lambak, masalah bertimpa-timpa!
Astaghfirullah hal'azim.
Adik aku tak bersalah, mujurlah tak terkeluar emosional aku. Sedayaku, aku jawab 'taklah'.

Suara kat hujung talian dah bertukar. Orangnya tak lagi sama, suara yang aku rindu.
Semua yang aku rasa berat dah melayang pergi, hebat sungguh. Aku jadi seronok dengar suara itu. Satu demi satu aku dengar suara tu bercerita, tak pernah lelah, intonasinya tak pernah mendatar. Seronok. Terbayang persis wajah pemilik suara yang sedang bercerita. Rindu sangat2.

Pemilik suara itu baru sembuh dari sakit gigi. Seminggu rindu aku pada pemilik suara itu, aku tahankan. Semua masalah yang datang menimpaku, jadi makin berantakan tanpa kudengar suaranya. Aku gagahi hidup selama seminggu ini tanpa mendengar suaranya.

Sesekali bila tiba giliran aku membalas ceritanya, terkadang suara lembut itu membalas dengan semangat, penuh kelembutan. Sedayanya, semua aku cuba sembunyikan. Mendengar suaranya sebahagia itu, cukup membahagiakan aku, tak mahu pemilik suara itu tahu badai apa sedang aku bentengkan.

'Kenapa tak happy ni? Penat ye?'

Walaupun aku sangat berusaha mengerah usaha setiap otot2 dan saraf ku menuturkan suara terbaik untuk pendengarannya, masih pemilik suara itu tahu keadaanku.
TIADA APA YANG MAMPU KUSEMBUNYIKAN DARINYA.

MAMA SANGAT HEBAT.

Aku tak jadi berbual lama2 dengan ma tadi, sebab aku tak kuat nak terus pura2 kuat, sebab aku taknak ma tahu apa yang berlaku kat sini. InshaAllah, semuanya akan bertambah baik. Biasanya, kalu aku dah sembang ngan ma, takkanlah hanya ambik masa 20 minit macam tadi. Maunyer sejam lebih aku sembang dengan mama. Dari A sampai Z aku cerita semuanya pada mama.

Tapi momen itu, aku tak mampu.Bila mama da bagi nasihat dan motivasinya seperti biasa, aku minta undur diri. Ada nada kecewa di balik suara itu. Maaf ma.

Aku tak mahu ma bimbang, kondisi kesihatan ma baru baik, biarlah cepat baik. Tak mahu lagi aku ceritakan dugaan yang singgah kepadaku pada ma.


(sumber kekuatan dan pakar motivasiku)

InshaAllah, semuanya akan baik2 saja...
Rindu Mama, sayang Mama.

Thursday, March 25, 2010

silence speaks

Kali ni, aku x tahu nak cerita tentang ape. Masalahnya terlalu amat banyak sangat cerita terkumpul yang tersimpan dalam masa seminggu ni. Haisy, semuanyer sekali aku nak ceritakan, untuk peringatn kepada aku sendiri..Yalah, supaya aku boleh belajar dari kesilapan aku dan hikmah di setiap peristiwa.

InshaAllah, aku akan cuba ceritakan semuanya yang aku rasa perlu. Minggu ni minggu yang paling payah aku hadapi. Keje bertimbun timbun. Nak kata wat keje last minute, taklah pulak..(benarkah???hahahaha...aku pun tak berapa nak sure)

Aku nak cakap, kesabaran aku benar2 teruji lam minggu nih, hampir aja aku menidakkan peranan kesabaran aku. Aku pun manusia biasa, buat salah, buat silpa tak pernah lari dari kegiatan hidup aku. Tapi, sekurang-kurangnya, bile kite tahu yang kite ni banyak kekurangan, perlulah ambil inisiatif untuk sentiasa upgrade kebolehan diri dan cube untuk menutup kebolehan diri sendiri. Belajar dari kesilapan untuk terus bertapak ke depan, bukan membiarkan masa depan yang menuntut janji di masa yang dah berlalu.

Sama2lah kita semua.

Friday, March 19, 2010

GuRu DaN AkU

Suasana riuh bertambah gamat.
Ada bisik-bisik suara, berbincang sesama sendiri. Ada renungan yang mnenembusi dinding konkrit dan lapisan papan putih. Ada tatapan yang sesekali terjatuh ke lantai. Ada jasad terduduk, sedang fikiran menerawang tak lagi di situ.

Yang sempat terbincang momen itu tentang prosedur eksperimen seterusnya, tiada lanjutan silabus yang berlaku.(Lega...)

Beliau suka bercerita, beliau juga suka belajar. Beliau suka mengusik, beliau suka berjenaka.

Mungkin keramahan beliau menjadikan kami anak-anaknya yang manja. Modus operandi beliau di setiap sesi, memastikan kami memahami lebih daripada apa yang beliau fahami. Sesekali terlempar soalan yang sentiasa terlempar, 'any questions?'

Melayani karenah kami bukan mudah.
Meladeni pe'el kami bukan senang.

Di balik lontaran suara beliau, ada nada kebimbangan. Di balik imbasan yang terbias menjadi imej legap di mata beliau terpancar kerunsingan.

'I'm quite worry with you all'

Nah, tafsiranku seakannya benar. Terluah juga yang tersirat di sebalik hatinya. Tertangkap juga olehku.

Seperti biasa, beliau mengulangi baris baris tulisan beliau di papan putih bila wajah kami tampak keruh.

Suasana riuh bertambah gamat.
Ada bisik-bisik suara, berbincang sesama sendiri. Ada renungan yang mnenembusi dinding konkrit dan lapisan papan putih. Ada tatapan yang sesekali terjatuh ke lantai. Ada jasad terduduk, sedang fikiran menerawang tak lagi di situ.

............______________________...........

Masing masing penat dengan sesi pembelajaran berterusan yang usai tiga jam. Yang terakhir, menamatkan sesi penelaahan kami dengan perbincangan tutorial.

Tutorial kali itu agak susah.
Tutorial kali itu agak sukar.
Tutorial kali itu agak rumit.
Waktu waktu kami yang sepatutnya terhabis kerana tutorial mungkin terguna untuk agenda lain.

Natijahnya, kekurangan waktu dan kebuntuan akal untuk menghabiskan kesemua sesempurna seperti biasa.

Dua tiga pelajar yang bukan daripada kami beredar.

Suasana riuh bertambah gamat.
Kerana beliau seorang pemberi berlandaskan niat suci, intuisi menggerakkan hati beliau, mungkin.

Setelah hampir sekian lama, tutorial kami tak dibelek satu persatu, kali ini realitinya berlaku sudah.

Lantang dan jelas.

Beliau menyuruh individu2 yang tidak menyentuh soalan tutorial pulang bersahaja. Dan, jumlah kami tak lagi sama jumlahnya seperti yang biasa kami hadiri kelas tersebut.

Ada getar pada suaranya. Cuba menahan amarah.
Mungkin sesak nafasnya. Menahan rasa kecewa.
Mungkin panas kolam matanya untuk sekilatan detik yang teramat pantas untukku ukur dalam dimensi waktu. Kerana beliau seorang perempuan.

'Saya harapkan awak semua yang pandai, bukan saya'


Nah, terluah menjadi sebaris pernyataan. Nampak kekecewaanya di mataku waktu itu.

Satu detik. Dua detik. Aku insafi diri.
Rasa bersalah pula bertamu.

Kemudian, semuanya kembali normal.

>>>>>______________________________<<<<<<<
Suasana masih riuh, ada wajah yang yang menzahirkan 'keterpaksaan berada di lokasi itu.
Hari itu, kelas pertama subjek itu setelah hampir dua minggu kami bercuti dari subjek tersebut. Aku sendiri yang berasa malas, kekok untuk hadir waktu itu.

Beliau tampak garang. Terkadang terhambur lukisan emosi menjadi baris baris ayat, bersaksikan kami.

Aura beliau sentiasa membisukan bicara kami, di setiap kali pembelajaran.Tapi beliau tetap seorang yang nekad, tekun memberi kami apa yang perlu kami ketahui.
Beliau suka bercerita, kadang2 memberi semangat, cuba meningkatkan motivasi kami.
Beliau pandai bermain emosi, kadang2 mencabar kebolehan kami untuk tampil menjadi yang terbaik.
Di balik setiap kata2 yang menguji kebolehan kami bermain emosi, beliau sebenarnya cuba melatih kami menjadi cekal yang tegar.
Ironinya, beliau berjiwa lembut.
Hakikatnya, beliau sayang kami.

Sesi pagi itu, wajahnya nampak keruh. Ada kebimbangan mengusik hatinya. Yang aku tahu, anaknya baru saja melepasi tahap kritis akibat masalah berkaitan pernafasan.

'I prepared this slide at 4 am while i'm taking care of my son.'

'I'm searching for a good date for your test. Last semester i got the punishment because we did the test during the study week.'

'I'm doing this for the sake of my students, for the sake of you all'


Hati aku agak tersentuh, minda aku ligat berputar. Ternyata, beliau punya banyak perkara untuk difikir. Tapi, masih ada tempat untuk kami dalam perancangan hidupnya.

Sesekali, kelas kembali bising, pasang dan surut. Rancak dan mendatar suara penutur silih berganti.
_________________________________<<<<<<<<<<<<<<<<<<_____________>>>>>>>>>>>>>>>>>>>___________________________________________________________________________



Haaa...apakah konklusi yang aku nak sampaikan, yang aku nak luahkan untuk 'cerita tentang itu' kali ni??

Personel,ok???(hohoho)

'Beliau2' yang aku ceritakan itu guruku.
Aku cuma bandingkan dengan diri aku yang tak seberapa ini. Cerita hari ini menuntut aku berfikir jauh ke depan, berfikir mengenai kondisi sekarang, berfikir mengenai masa lampauku.

Kagum benar aku dengan mereka.Satu hati menjaga banyak hati.


Dulu kan, masa zaman aku kecik2, aku suka sangat main cikgu2. Alahai, budak2 kampunglah katakan. Tak ada game, tak seronok. Aku ada dua orang adik yang berperanan menjadi student aku serta seorang sepupu yang sebaya yang juga selalu jadi mangsa aku.

Memang waktu tu, suka sangat2lah main cikgu2 ni. Pergi sekolah belah pagi, bila tiba waktu nak balik, aku kutip semua kapur2 yang da setinggi jari kelingking bawak balik rumah.Lepas tu bermula lah kelas sesi petang yang aku main dengan adik2 aku. Haa, teruja sangat masa tu. Duk teringat ingat masa belaja dalam kelas, best jer nampak cikgu tuh mengajar, tulis pakai kapur je. Zaman aku dulu2, papan hitam aja lah, sekarang nak cari kat mana lagi dah papan hitam macam dulu dulu.

Tulisan cikgu2 aku semua lawa2. Tu salah satu sebab aku suka sangat ambik kapur,(warna warni lagi), pastu buat kelas sendiri ngan adik2 aku yang tak berapa nak kenal dunia lagi masa tu. Dinding kat bawah rumah yang paling naya, siap penuh lagi aku conteng. Dari A, B, C sampai 1, 2 3. yang penting mesti tulis tarikh dan hari, lepas tu gariskan. Hahaha, sebab cikgu2 aku dulu selalu buat macam tu.Semangat aku ajar adik2 aku. Tapi, ialah.Kalau masa tuh umur aku lapan tahun, adik aku baru jer umur 5 tahun. mana nak reti apa yang aku ajar. Berbuih mulut sekalipun, dorang tetap dengan dunia 'bayi' dorang!

Aku jadik cikgu cikai macam tuh pun da rasa fed up bila tengok adik2 aku buat muka nak tak nak jer dengar 'lecture' aku hari tuh. Haha, malunyer bila ingat2 balik.

Setiap tahun, memang tak habis lah main cikgu2 nih. Makin tahun, aku upgradekan lagi game tu. Paling best bila aku dapat kerja rumah. Masa tuh fotostat tak main lah, guna 'kertas gelek' punye, kaler kuning air gitu. Memang aku rajin jer 'tapau' extra tuk main game tuh.

Abah aku tak rasa pelik kot,seronok mungkin. Yalah, aku salah sorang anak abah yang beria main cikgu2. Nak jadi macam abah lar, abah kan cikgu. Tapi, mana boleh lawan abah masa tu, abah cikgu matematik, aku 'cikgu pendidikan seni'..hahaha. Abah pernah jugak bawak balik whiteboard bergulung. Lepas tu berhempas pulas abah potong, guna kayu2, jadikan whiteboard tuh segi empat macam yang kta boleh beli kat mana2 pasar raya berdekatan. Itulah abah aku, apa yang orang lain buat, semua dia boleh buat.

Aku pun makin lama makin besar. So, tak main dahlar game2 kampung macam tu, passing kat adik2 pulak lah. Bila dah makin besar, adik2 pulak bergantung kat aku, mintak selesaikan kerja sekolah diorang. Sekali explain, dorang tak paham, dua kali explain dorang blur, tiga kali explain dorang sengeh. So, bye2 lah. Trus aku suruh dorang tanya abang aku. Abang aku pulak buat2 tak dengar aja. Memang aku tak boleh sabar lah.Kadang2 aku conteng buku sekolah dorang dengan semua explaination ntah pape aku. Hahaha, sian adik2 aku kena padam balik.

Dah besar lagi, masa form 1 lah. Abah suruh aku ajar adik2 aku Iqra' dan ngaji Qur'an pulak. Aku tak bantah. Dah abah suruh, aku pun try lah ajar jugak.Aku masa tadika, abah hantar pegi umah tok guru tuk blajar ngaji. Bila tok guru tak de, sambung blaja ngan abah. Bila abah tengok bacaan aku dah lancar elok, abah amanahkan adik2 pada aku. Sekali lagi aku tak sabar dalam mengajar dorang. Masa tuh aku cakap, 'Senang macam ni pun, takkan tak ingat. Tiap2 hari Kak. Yah ajar kan'
Hmmm, ingat senang nak jadik cikgu???

Bila dengan kawan2 aku suka sangat memerhati. Aku pun taklah sepandai. Aci aja aku tak paham sikit, aku tanya yang ni nak buat macam mana, kenapa macam ni, kenapa macam tu.Ada respon yang aku puas hati sangat, ada jugak respon yang aku sakit hati sangat. Sampailah pernah terdetik dalam kalbu aku ni, 'kalau aku jadik cikgu, kompem aku takkan ajar punyalah student macam si polan itu'

Usia makin lama makin mendewasakan aku. Alhamdulillah aku nampak semuanya.Rupa rupanya dalam tak sedar aku juga cikgu kepada kawan2 aku. Semua orang pun macam tu, semua orang adalah cikgu, percayalah.

Sejak sekolah menengah, bila ada kawan2 yang bertanya kat aku, aku cuba jawab. Bila aku tak paham, terus aku tak jawab n aku tengok muka kawan aku dah berubah. Terasa hati mungkin. Tapi percayalah, bila aku tengok kawan macam tu, aku lagi moral down.
aku rasa cam tak guna pulak dah.Aku dah mula paham perasaan sorang cikgu yang tak berpuas hati dengan pengajaran mereka. Bukan student yang disalahkan, lembap ke, bengap ke apa ker. Tapi, lebih kepada melihat keburukan diri yang tak mampu berikan penjelasan terbaik.
Aku kalo x dpt explain apa2 dengan tepat kt membe @ adik aku sendiri, rase cam nk nanges dowh! Aku mesti pikir,camana aku nak xplain lagi baik, dorang pun nak tahu jugak, xder maknenye aku tau sorang2!

Betapa hebatnya guru2 aku, tak pernah lelah, tak pernah putus harapan. Sabar amat guru2 aku. Apalah sangat, siapalah sangat aku ni kalau nak dibandingkan apatah lagi nak digandingkan dengan mereka.

Sebenarnya yang aku nak ceritakan sangat pd entry aku kali nih ni pasal perasaan cikgu2, lecturer2 mahupun guru2. Aku sedang cuba mengaitkan apa yang pernah berlaku dalam hidup aku kerana aku betul2 nak menyelami apa yang cikgu rasa.Tapi so far, aku rase entry aku ni dah jadik ntah paper dah.

secara direct lagi berterus terangnyer, aku nak ajak semua, jom kita sama2 tingkatkan rasa hormat kita kat lecturer2 kita. Ilmu yang mereka bagi kat kita semua, kita bawak sampai mati ye kwn2. Jangan lah kita jadik org berhutang (hutang ilmu) yang sengaja nak melupakan orang yang memberi hutang. Lecturer2 kita sama macam kita jugak, manusia biasa yang ada kehidupan sendiri. Status dan rangkaian kerja menjadikan mereka menjadikan pencinta ilmu yang mencintai pencari ilmu. Takkan lah kita nak harapkan semua yang diberi semata mata, dengan mengabaikan sudut kemanusiaan...(ayat itu memang kurang jelas, bagi yang mahu berfikir, inshaAllah kalian faham)

Oh, tibe2 aku teringat kat beberapa story. Yalah, bolehlah di'consider' sbg pengajaran terhebat dalam lipatan sejarah kehidupan aku.

KISAH 1
Masa aku form 2 dulu2. Hari tu, yakni pada tahun 2004, date nyer aku tak berapa nak kompem la pulak, kami satu kelas dapat lah markah pendidikan Islam. Sudah rezeki, aku dapat 94/100. Highest punya masa tuh, member baik aku, 95/100. So, aku rasa cam nak jugak jadi highest. Aku pun check balik semua jawapan aku. Check punye check, dah! Dapat lah satu soalan yang jawapan aku sbijik2 sama ngan membe aku yang dapat highest tuh. Dia jawab betul, tapi aku jawab ustazah tanda salah. Haa, aku memang nak tuntutlah satu markah tu. so, aku pun pergilah jumpe ustazah, tunjuk lah perihal tersebut.Ustazah tu sangat tegas orangnya. Cakap punya cakap, berusaha keras aku tuntut markah. Ustazah pulak kata,
'Awak cuba lain kali pulak, nex exam. Saya da x terima sebarang request untuk repair markah.'

Padan muka aku.
Dalam hati aku yang agak panas masa tu, merungut rungut.
'apalah ustazah ni, satu markah jer pun.. tu pun KEDEKUT..'

Start ari tu, aku da macam xder mud nak belajar ngan ustazah tu, tp kelas still x miss, study masih jalan. Ditakdirkan, nex exam aku dapat markah yang sangat hebat!

56/100

Itulah balasan yang aku dapat. Daripada yang boleh mantain markah untuk subjek tu, daripada rekod A aku, terus dapat C.Kes ni mungkin nampak remeh, tapi kesannya cukup mendalam pada aku. Walaupun aku cuma merungut dalam hati, aku terlupa..DIA GURUKU..
Then, aku mintak maaf ngan ustazah, nangis2 lah. Ujian yang seterus dan seterusnya, Alhamdulillah, aku berjaya mantain balik.

ADAB BERGURU,TIDAK MEMPERTIKAIKAN ILMU GURU, TIDAK MELUKAKAN HATI GURU.


KISAH 2
Aku memang tak suka math. X suka sangat2 belajar math masa aku form 4. Rasa macam ntah pape tah ngan math masa tu. Masa dlm kelas, memang aku tak pernah fokus 100% lah. Setiap kali habis satu2 bab, mesti kene jawab kuiz. Kalau tak silap aku, kuiz tu tajuknya pasal SETS..yang ada venn diagram smua2 tu lah. Sememangnya awal2 topik lagi aku x suke tajuk tu, so..belajar pun macam nak tak nak jugaklah. Kuiznya aku dapat 5/10 jek. Kalau nak lulus mesti dapat 7 markah dan ke atas.
Hari dapat markah tu, cikgu bagi kertas kami semua dan semua student yang fail cikgu tulis markah kami besar2 kat kertas kami, guna marker punyer whiteboard, bulatkan pulak besar2..makan space agak2 satu page jugaklah.Kemudian, cikgu suruh kami semua beratur kt depan kelas, pegang kertas tuh tinggi2 dan cikgu bawak kami pergi kelas senior, suruh kami masuk kelas tuh, beratur, tunjuk kertas dan kata dengan serentak,
'KAMI MALAS BELAJAR, SEBAB ITU KAMI GAGAL'.

Dengan hati yang sangat cuak, aku kata kat diri aku sendiri:
'susah2 macam ni, baik xyah belajar lah maths. Cikgu bukan main strict,nak kuar skolah jugak lepas ni'

Lepas tu, cikgu tu cakap kat dalam kelas, 'sapa2 yang x dapat A dalam ujian atau kuiz, awak bukan student saya'
Manalah cg x ckp mcm tu, slama ni rekod subjek matematik moden sekolah aku untuk spm adalah seratus percent A1. Bukan A semata-mata. Dush!
Sebak aku masa tuh, cikgu da tanak ngaku aku student dia lah maknanya.
Then,aku jumpa cikgu tu personally.

'Saya mmg x reti maths cg, buat lah mcm mana skalipun..mmg sy xkan dpt A punya lah.'

'Saya saja xnak bg awak dapat A sbb awk mls jumpa sy.Tapi, kalau saya nk awak dapat A, boleh jer'

Masa tu aku tak paham maksud cikgu. Cuma ada rasa mnyesal pg jumpa cikgu masa tu. Di bawah pertimbangan rasional, tanpa didorong sebarang emosi, aku minta maaf dan minta dihalalkan semua ilmunya.

Dengan semangat yang tak berapa nak berkobar, aku teruskan hidup aku. Jawab periksa pon, memang aku tak khatam pun subjek maths.
Tup2, dpt A. Eh, marking maths xleh main tipu tau. Aku tengok balik semua kertas math aku, ada markah untuk jalan kerja,dan jawapan.Aku jumpa cikgu, cakap trima kasih. Starting from that moment, Alhamdulillah. Tu je yang boleh aku cakap sampai aku form 4, sampai ke rezat SPM.

RESTU DAN DOA GURU SANGAT HIKMAT.


KISAH 3

aku ada sorang membe.Tapi, dia muda satahun dari aku,budak lompat( x masuk darjah 4 lah kirenyer, dari darjah tiga terus ke darjah 5 melalui ujian PTS).
Rekod akademik dia sangat2 hebat, bayangkanlah, ranking no 1 untuk batch aku yang berjumlah 150 orang tu, tak pernah dia kasik can kat org lain..(sekali atau dua kali, pernah lar, tu pun jatuh rangking ke 2). Dari form 4 sampai ke form 5.10 A dlm tangan jer setiap kali exam, 9A kadang2.. Bila rezat SPM kuar, aku sgt2 terkejut, bkn setakat aku, tp semua org. Kami da andaikan dialah best student. Tapi result dia tetap gempak. 10 A lagi, tapi bukanlah 10 A1 melainkan 9A1 1A2.Perbezaannya nampak sikit, tapi...cukup buat kami semua heran. Tak pernah dia x dpt A1 tuk subjek tu.Kemudian, bila ingat2 balik, terjumpalah asbabnya.Cikgu yang ngajar dia subjek tu, juga ngajar aku tuk subjek yang sama. Pernah aku sembang2 ngan cikgu tu, dan pernah juga cikgu tu menyatakan ke'terkilan'an beliau kat membe aku secara indirectnya.

HATI GURU PERLU DIJAGA, ILMUNYA JANGAN DIPERSENDA


itu kisah2 yang aku sempat imbas balik, mungkin banyak lagi yang pernah berlaku.
Aku hanya boleh ceritakan yang betul2 aku alami.

Aku jugak manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan. Sekurang kurangnya pengalaman sebegini memberikan aku cukup pengajaran dalam susun langkah aku mengikut arus kehidupan.

Sunday, March 14, 2010

2 x 26

lewat pagi tadi, aku dapat panggilan dari pemanggil yang aku tak jangka.

kacau perasaan aku sekejap..(hahaha, gelak bodoh nak sedapkan hati aku semata mata)

sungguh aku tak menjangka aku akan dapat panggilan tu dari dia.Masa tu dah pukul 2 pagi, aku masih terkial kial siapkan tutor statistik aku. Dengan kepala yang agak berserabut bila fikir esok ada kelas, pastu aku belum iron baju lagi,fikir esok pula ada test english, aku angkat je phone aku tanpa aku tengok nombor si pemanggil.

'salam ukhuwah dari tanah suci'

aku senyap sebab aku dah lama tak dengar suara tu, aku senyap sebab aku sebak, aku diam sebab aku bingung.

'sihat?' aku angguk walaupun aku tahu dia takkan nampak. (masa tu aku sedaya upaya control emosi aku lar, aiseyh)

'Ana sampaikan salam saudara dari Mekah untuk anti.' aku diam aja dengar suara dia, kalau lah dia tahu macam mana aku rasa masa tu, nak aja aku serbu dia dengan berlori soalan, biar sampai dia penat, biar sampai dia lelah.

'Awak,' Tu ja yang aku terdaya tanya. Tutor statistik aku biarkan je berlari, kemudian terdampar atas lantai mozek bilik aku. Fikiran aku bukan lagi pada hidup kampusku. Dia dah bawa aku ingat balik semua yang berkaitan antara aku dan dia. Dan aku macam biasalah, sekali lagi gelak2 bodoh.

'Kenapa, kenapa ber'ana'-'anti' dengan saya ni? Awak sihat ke tak ni?'
Aku mula jadi pelik bila dia membahasakan dirinya dalam kata ganti diri dalam bahasa Arab. Kemudian, aku dengar ada gelak kecil di hujung talian.

'Ok, lets go back to the time. Awak dan saya ye.' Hati aku lagi bingung, tapi aku lega bila dengar dia ketawa senang.

'Lama tak dengar berita ya, sebulan agaknya. Pergi mana?' Aku tanya selamba, terpulanglah nak jawab ke tidak, hakikatnya aku betul betul nak tahu selama tempoh sebulan ini, kat mana dia sembunyi.

'saya cerita semuanya, janji awak tak marah'

aku jadi makin canggung dengan permintaan dia yang tu, takkanlah dia ada buat salah dengan aku. Hai, biasa orang yang ada buat salah aja yang akan cakap macam tu. Belum bersempat aku nak kata apa2, terus disuruh berjanji supaya takkan naik marah nanti. Hati aku jadi makin takut, apa agaknya yang dia nak ceritakan dengan aku.

Aku mempertimbangkan segala kerasionalan aku pada tahap tersebut dan juga momen tersebut. Sememangnya yang aku nak dengar pada masa tu, semua benda yang dia nak ceritakan pada aku semata-mata. Sekarang aku membenarkan dimensi pebjelasan terbuka luas untuk dia. Aku tak mahu menjadi culas dalam soal ni, sebab aku benar2 ingin tahu, apa yang sedang berlaku.

'pertamanya, saya minta maaf sebab tak beritahu awal2. Saya tahu awak risau.'
aku dah makin berdebar debar, siapapun dia pada aku, aku tetap inginkan penjelasan terperinci!

'ada dapat mesej tiap2 pagi, tiap2 malam?' aku putarkan layar minda aku,mestilah ada. Dia yang menghantar saban pagi, masa sih, ditanya lagi aku ni.

dia memulakan cerita, suatu kejutan yang tak terduga lansung dalam kepala aku. Dalam keadaan macam tu, aku lafazkan syukur. Dia diberi anugerah, dia mendapat jemputan ke tanah suci menunaikan umrah.

dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang berita selama sebulan. memang aku sangat kecewa, kenapa lansung tak diberitahu aku?

setiap pagi dan malam pasti dia akan ingatkan aku tentang kisah2 teladan tamadun2 islam dahulukala. Tazkirah kiranya. Tapi, tak pula diberitahu dia berada jauh di sana.

Belum sempat aku tanya, dia jelaskan pada aku asbab sebenar, ada sendu yang aku tangkap di setiap patah katanya. Dia mengundang aku untuk sama terdiam, terasa sebak, juga turut bersendu. Dia pergi kerana dia buntu, saat semua keluhannya dia kongsikan kepada aku, aku turut sama terbuntu. Aku ingin katakan:

we will be alright, ill be by your side
i wont let you down
but i gotta know, no matter how things go
that you will be around


dia tak pernah tahu, yang mengikat aku bukanlah apa yang telah dia kehilangan.

'habis tu, siapalah yang hantarkan mesej2 tu pada tieah tiap2 pagi?'

'abang lutfi'

'kenapa, tak perlulah sampai menyusahkan orang lain.'

'lansung tak menyusahkan pun, semua mesej tu dah ditaip awal2 lagi sebelum saya berangkat, kemudian simpan dalam 'saved messages' dan nomborkan. Abang lutfi cuma perlu tekan send aja.'

dia buat aku menangis. tak perlu sampai begitu sekali ya akh. Mesej yang dihantar dua kali sehari, darabkan dengan 26 hari dia ke sana, maknanya sebelum dia bertolak dia sudah menaip 52 mesej untukku.

Subhanallah.

Aku sangat bangga dengan dia, ingin rasanya lihat dia dan senyumannya.
Aku tilik cincin permata hitam putih yg sememangnya sudah lama tersimpan di meja belajarku. Mungkin tempatnya bukan lagi di situ.


Cintailah sesuatu i2 sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,. bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Friday, March 12, 2010

fikirlah

Di saat aku menulis entry kali ni, emosi aku agak2 banyak jugaklah terganggu dengan segala mehnah dan wadah peristiwa yang sedang berlaku di sekeliling, sekitar dan seumpamanya yang memberi maksud dekat denganku.

Aku baru jer habis training netball, ialah..kompem penat..Dengan perut yg sudah berkeroncong kegelisahan disebabkan tindakan aku mengambil keputusan tuk menelan sebanyak mana air tuk memenuhi kehendak tekakku, aku nak melampiaskan semua kekesalan aku di sini.

Alkesah bermula, kampus aku akan adakan liga sukan yang akan bermula esok! Dan, aku da bg nama tuk wakilkan fakulti aku nanti tuk acara netball yang aku sayang2. Sayang seribu kali lagi sayangnya aku kepada netball bila komitmen yang team aku kasi tak setinggi gunung everest. Nak setinggi gunung everest tu payah, hatta sedikit busut semut pun tak sampai.
Mula2 nak cari org dan membe2 lain tuk wakilkan fakulti pun da mengacah kesabaran aku. Mula2, mmg xder org nak lah main game ni, sampailah keadaan memaksa tuk melakukan adegan paksa rela antara kami.So, dalam keterpaksaan tersebut, berjaya juga kami mengumpulkan kesemua sepuluh pemain handalan-inshaAllah-

Masalah seterusnya timbul bila satu demi satu team member balik rumah disebabkan cuti yang tetiba datang mengetuk pintu jadual hidup kami warga BSB sekalian. Siapa lah yang tak gembira( aku sangat gembira)...Seperti mana aku, membe2 lain pun bersorak gembira kerana jadual kehidupan kami untuk hari jumaat sudah berubah di mana kami akan menjadi insan yang benar-benar bahagia tanpa palitan gelaran 'pelajar'.

Yang x terlibat ngan liga pun balik, yang mengharukan... yg terlibat dgn liga juga balik ke pangkuan keluarga masing2..aku x boleh nk halang sbb kebahagiaan adalah hak milik setiap insan..semoga mereka berbahagia di samping family masing2..

Keadaan menjadi lagi bercelaru bila weekend nanti ada pula sesetengah kelab n persatuan yang mengadakan aktiviti kokurikulum mereka pada masa tersebut..so, nak ponteng2 koko bukan isu sekecil kuman, team member yang terlibat ngan aktiviti koko terpaksa pula memenuhi undangan koko mereka dengan jayanya.

Sekarang, kami kekurangan pemain, kesuntukan masa, dan kebuntuan jalan.

Saki baki kami hanyalah separuh orang daripada satu pasukan sebenarnya. Lagi separuh pergi menunaikan kewajipan mereka kepada koko dan keluarga masing2.

Keadaan menjadi lebih parah bila daripada jumlah separuh tersebut, hanyalah 2/5 yang memberikan komitmen luar biasa, berbekalkan semangat membawa nama fakulti.

Persoalan aku,
Di mana kalian semua???

Setelah puas aku berfikir, baru aku nampak sebabnya.
Setelah puas aku mendengar, aku tak mampu nak kata apa..(sbb, dah org nk kata mcm tu, fikiran mrk mcm tu,ak xder hak nk halang...nk perang mulut?maaf, tu mengundang banyak lagi kesan lain..)
Setelah puas aku memerhati, aku lantas cuba menafikan kesemua kesimpulan.

Antara penemuan2 aku berdasarkan pemerhatian, bancian, pendengaran keluh kesah, perbincangan terhadap akar umbi permasalahan ini ialah:>

1. 'netball tuk budak2 gedik jer,ktorang xmainlah netball ni'
~aduhai membe2 ku syg,adakah kampus kita mahupun rule netball itu sendiri menuntut kita melakukan aksi2 gedik di gelanggang? adakah kita gedik berebut satu bola dan memastikan bola tersebut berada dlm genggaman kumpulan kita bergelut dengan gender kita sendiri? Adakah kita gedik bila pemakaian kita di perlawanan masih berdasrkan garis panduan dan etika berpakaian yang betul?adakah???~

2. 'weekend ni ak nk study lar. byk assgmnt, lgpun quiz pun banyak kan mgu dpn'
~aduhai sahabat.apakah bnr kamu memperuntukkan masa 24 jam full semata-mata untuk study setiap weekend?tipulah kalau ada antara kalian kate ya!seperti mana anda, kami jg memerlukan masa untuk study.Paling kurang pun kami mahu pinjam
masa kalian selama 3 jam tuk bantu kami, bantu fakulti dan bantu diri melakukan satu ibadah dalam skop sukan.Dan waktu itu boleh ditolak daripada waktu kalian mengumpat, termenung, mundar mandir, bersms, ber'calling', surfing, mahupun berchatting.aduhai~

3. 'kite x reti main la, nanti x psl2 kite malukan team'
~tetiba terasa diriku juga jahil, main pun tak pandai juga..tp ak masih mahu mencuba. Proses pembelajaran tak semestinya tertumpu pada satu skop dan bidang semata-mata..paling penting mencari pengalaman dengan mencipta memori terbaik, mencabar diri sendiri untuk meneroka potensi diri yang tak terlihat.parah2lah kalau semuanya mcm tu~

4. 'wat malu je main, bukan boleh menang pun..cam xder potensi je untuk menang'
~SYABAS sahabat, anda berjaya melemahkan semangat saya.bg aku "berpantang maut sebelum ajal",jd org gagal yang pernah mencuba jauh lebih baik dari jd org gagal yang lansung tak mencuba(itu pengecutlah namanya kak yer)

So, kami masih terkapai-kapai mencari ahli yang sudi mencukupkan team. 2/5 masih berjuang dan berperang dengan emosi yang teraruh oleh sikap segelintir pihak.

Biarlah, aku juga sudah makin penat. Kalau sudah kalah yang kalian doakan tuk team kita, maka..kami pun tak terdaya lagi.Semangat aku masih belum luntur, masih ada harapan yang berbaki untuk hari esok. Biarlah kalah asal pengiktirafan kalah kerana kami turun berjuang, bukan kalah kerana kami turun menyerah.

Seandainya kami kalah, kami masih bermaruah kerana kami berusaha membawa nama fakulti, ok!

Thursday, March 11, 2010

Dia dan Kedangkalannya

Kosong…

Kosong..

Kosong.

Terpempan dek latah, terdiam dek bicara. Sakit melihat, sakit membaca, sakit mengamati.Bila sudah merasa diri sang pemilik cakerawala, lantas minda menjadi cetek, akal tak lagi setaraf manusiawi. Hati hitam, kotor dan legap, lansung tak mampu membenarkan cahaya petunjuk membiaskan bayang.

Akal cetek membuahkan formulasi pandir bukan alang.bicaranya tak lagi berasas, dia hilang pedoman, dia hilang pegangan.
Dia bikin dadaku sesak, dia buat diriku lemas, dia tuntun hatiku jadi emosi. Kemudian, dia tambahkan lelah dengan kajian dangkalnya mengenai kepercayaanku.

Dia buat aku takut, aku gusar, aku gundah, aku gulana. Dia buat aku menangis. Dalam sendu kerana gusar, aku masih membuahkan tawa sinikal.

Alangkah jahil, betapa dangkalnya dia.

Aku menangis kerna aku takut, juga kerna aku sayang. Aku takut ramai yang londeh pedoman, tergugat nanti akidah membaca kedangkalan dan tesis pandir dia.

Aku menangis keraana aku sayang saudaraku, aku tak mahu mereka mudah dicuit oleh fikiran bodoh dia yang menyeru kepada kebatilan.

Isu AYAH PIN masih belum selesai.

Sudah pandai pulak dia bermain facebook mengutuk ISLAM.

Tuhan, lindungi hatiku dan hati-hati saudaraku,hati-hati hambaMu. Balikkan dan tetapkanlah hati-hati kami pada jalanMu.

Monday, March 8, 2010

aku, badrul & pak cik bak

banyak benda lar ak nk citer sbenarnya hri ni..(hohoho)..tp ak xtau ap yg patut ak dahulukan dulu.
bru blik kampus lar ni, dri ampang tgh hari td, dr serdang, dari bangi, dari ump...dan kini ak kembali lg ke ump...hahaha(pening ah tu..lonjakan mengundur paradigma masa!)

pak cik bak..kisahnya sgt2 meruntun jiwa ak..kalo ak citer kt korang, xtaulah dpt ke x feelingnya kamu2 nih..tp yg pnting, kisah pak bak cukup indah tuk ak kikiskn seninya meski karat yg yg die ulaskan.

kesah bemule d satu petang itu..sepupu ak lps solat mghrib, laju jer die carik aku yg tgah men nyorok2 ngen ank buah ksayangan ak si elly..(da kantoi da lar coz elly dgn mudahnye dpt jumper ak...)..geram jugak hatiku inih,sbbnyer ak sgt berusaha sedaya mgkin mnyorok di blik cupboard lam bilik tesebut...
die ajk ak g tgk wayang citer bez punyer,so ak pun tanpa byk pikiran besetuju ngan plawaan tesebut.

xdelah ap sgt ak nk citer, tp itulah pmulaan kpd sbuah kembara satu ceritera kehidupan insan bername PAK BAK nih.
lps lyn citer soloman kane kt klcc, kami pun baliklah ngan rase terujenyer..mane xnyer, master kane lam citer tuh amatlah ensem lg perkasa..ak tgk mvie tu x senang duduk, ad boys kt sebelah ak tuh yg agak sentimental plak da lyn citer tuh..kejap bersandar, kejap silang kaki, kejap lap dahi, kejap kepal tangan, kejap patahkan jari...hahaha..ak thn jer, buat2 macho kt situ, ngeri pom ak buat boleh layan ja la..muvie tu best, tp ak raser kalo penyelidik dan pemikir agama kite yg analisis filem tu dari perspektif dorang, kompem akan ada perbahasan punye lah..yg pnting, ttpkan akidah dan keimanan kita pd YANG SATU.

baliknyer, kami terkejarkejar lrt..(sampai ak x terbeli dunkin donut idaman kalbu mlm tuh;nyesal x sudah lar)..

dlm kekalutan kmi di balik gelap pekat mlm tuh, satu teksi benti btol2 kt depan ak.Cermin tingkap diturunkan, sebuah senyuman aku sambut..hangat..ada sinar pd mata yg melihat kami.
walopom mulenya kmi agk terkial-kial coz ak xmo duk dpn, last2 ak kene gak terima hakikat ak kene duk depan dgn alasan, ak paling mude..(logikkah????)..
gaduh punye gaduh, aku pun finelah, nk duk dpn..
sbbnya, ak tringat kt kate2 sorang driver taxi nih, "sbenarnya kalo korang smue duk blakang, lgi kami trase hati"
ini kisah benar, ak x tipu.

spupu ak ngan member die dan2 letak kpala kt blakang trus 'zZzZzZzZzZ"

ak plak duk lyn aircond yg sgt nyaman, fuh..selesa habeslah!

'ank ni, dari mane??'..sudah..pk cik tu da tanyer lar..tetiba ak rase malu coz ak x pnah kuar lwt mlm mcm tuh..yerla mase ak naik teksi tuh da pkul 1115 mlm..rase malu, apa punyer pompuan lar ak nih..tp, ak da byk kali tolak plawaan spupu ak tu, rasenye cukoplah tuk kali ke4, kali ke5 ini, biar ak puaskn hati die.ak jwb lah ak dri klcc, pg tgk wayang.
sgt jujur dan kudus ak rase jawapan ak tuh.

'owh, crite best yer..anak ni bljar lg ke? mesti sbaya ngan ank laki pk cik kn..'..sudah, haa...nk buat mnantu ke pk cik??hahaha..ak senyum sndiri.

'haah, tieah blajar lg,ni pun esk da nk blik kampus..baru 1st year pk cik'..ak trus layan aircond..kejap2 hanset ak masuk msej, then ak blas msj.

'amek kos ape? blajar dkt mane?" soklan tuh mmg koman la ak ckp...nak xnk ak jwb jugak, sbb ak respect pk cik tuh..mungkin die mngantuik, boleh jd dia bosan..berbual mungkin yg terbaik.

'biotek tu kos dia same dgn doktor ke nak?'..pulak dah..ni yg aku malu nk jwb..apelah sgt biotek nk banding ngan doktor..
'err..xlah pkcik,doktor tu high level punyer, biotek ni biaser2 saje..bkn calang2 boleh amek doktor pak cik..

perjalanan masih jauh...lampu jln msih terang...kenderaan masih blum putus...hujan masih rintik...

'anak pgil lah pk cik pak bak..lg pk cik rase mcm sembang ngan anak2 aje..' ak pandang wajah pk bak..tibe2 ak tringt kt abah ak..abah ak pun slalu suruh membe2 ak jgn pgil pak cik..mesti abah suroh dorang panggil 'abah"..tibe2 ak tringat abah pernah suapkn mee goreng kt member ak yg sorang nih..maser tuh, restoran x jual lagi,membe ak pulak yatim...kasih sayang abah da berjaya menumpahkan air mata dia kt restoran tu, same mcm rintik hujan, same mcm situasi aku dan pak bak. ak diam, sbb ak rindu abah.

'pak bak ade 13 org ank..yg pling tua umo 32 dan yg pling muda umo 20'...nah..sebaya ngan aku..
'tieah pun baru 20 ni pak bak..hehe, mude lg nih.."ak gelak2 bodoh coz nk hilangkn rindu pd abah..
'pak bak da lame bawak taxi??'...saje ak tanyer, sbb ak pun da xtau nk tanyer aper..
'da lame da, smua ank2 pak bak bjaya ngan duit teksi ni lah...alhamdulillah..'

maser trus berganjak...ceritera tertulis makin berlipat...

dari penceritaannya, ank2 pak bak hbt2 semuanya..ader yg jadik lawyer, bussinessman, lecturer, accountant, arkitek, cikgu...
ak pikir jugak, btapa aku hidup dlm keadaan cukup serba serbi, knop ak msih x mampu menghadiahkn parent aku kerjaya sehebat mrk semua tuh..

'ank pk cik, badrul yg sebaya dgn kamu...dia pelik sikit..sekarang tengah sambung blajar dekat Russia."..perghhh...nk pgi russia bukan calang2 org..ak tau betape susahnya prosedur nk ke rusia tuh, btapa high qualification yg dorang nk...tambah2 peruntukn pembiayaan student malaysia ke russia da semakin dihadkn disebabkn kos yg terlampau tinggi..firasat aku, hebat sungguh anak pak bak.

'dulu masa dia mnuntut kt sbp, slalu sgt dia mrajuk dgn pk bak..'....sbp...hbt ank pak bak...mrajuk...citer makin mnarik
'pak bak selalu jugaklah x pegi bile ad mjlis2 pjumpaan ibu bapa kt skolah dia, bila ad mjlis anugerah..pak bak sibuk, lg pun badrul tu lelaki..'..aku tersenyum,tringat knangan ak mase di skolah berasrama dulu, samekah ak ngan bdrul? aku pun selalu merajuk, tp..diam2 je lah..hari graduasi aku pun, ma abah susah nk dtg, tp..demi ak,dorang ttp datang..

kdg2 ak rindu sgt parent ak maser dulu2, tgu jugaklar bilerla ad org announce,"attention tu siti.....,please be at astaka right now bcoz u hv visitors'...sekali ad announce mcm tu, gegak gempita satu aspuri aku jerit, seronok,nk bagtau dunia..ak ada family dtg jenguk ak..

kdg2, ak pernah gak mem'failkan' diri aku tuk subjek2 killer spt fizik n chemistry...oppss, coz, ak nk parent datg jenguk ak mser pjumpaan guru dan ibu bapa..

"si badrul tuh, keras hati sangat...bile dia kol pk bak masa dia skolah dulu2..dgr suare pak bak sakit ke, trus die ltak telefon..pak bak tahu,dia da byk crite nk bercerita.."..hati ak mcm tersentap..xkanlah..

'bile rezat spm kluar, badrul jd best student..tp pk bak xtau pun..'...dlm hati ak..xkanlah..
'bile dia dpt offer smbung bljr kt overseas pun pk bak xtau...'...x mgkin...
'smua dia uruskn sendiri sampai bile dia kene bua persediaan setahun kt intec pun pk bak xtahu'...astaghfirullah...

'org laki ni hati keras nak..agk2 pak bak, si badrul tu dendam ngan pak bak, mungkin dia fikir dia blajar slama ni, lansung dia x guna duit pak bak jd pak bak da x boleh tahu apa2 saje lagi psl dia...iyelah, org da dpt biasiswa..'...ak diam, merenung diri sendiri

dulu pun aku dpt biasiswa, tiap kali blik cuti abah akn bg duit poket, tp ak tolak..bile ak nk beli brg keperluan,yuran belajar, bku...semuanya 100% duit biasiswa..terasa hatikah abah bile ak tolak pemberian abah tu??...

'oh..bukan ape pak bak, duit biasiswa kn untuk diguna mcm tu..badrul xnk menyusahkn pak bak tuh.."ak menyedapkn hati pak bak, membrikan pnjelasan spt mane situasi ak sndiri..

'rindu pak bak dkt die, sjk2 dia pg luar negara, xdengar lansung brite..'...suasana brubah, sentimental...
'susah hidup kt tmpt org ni pak bak, kwn2 tieah pun slalu jugak criter..dorang kt sane bz..asrama dengan kampus bkn main jauh pak bak, mase solat pu terkejar-kejar, nk cari makanan halal pun masalah, nk sesuaikn diri dgn cuanca sejukker, panasker,,pun susah..x mcm kite kt cni pak bak..'

'iyelah, skurangnya, telefonlah pak bak..rindu rasenyer...die selalu telefon ibu dia..ayahnya, mgkin dia da lupe agaknya..'

ak senyap, cube nk pahamkn citer, kalo tepon ibunya musti lah ayahnya tahu kan???
tp,ak pun kalo tepon rumah, mesti carik ma..kdg2 dgr2 jugak suara abah kt blakang tuh.."iyalah, org ada ma, nk ckp ngan ma jer..xnak cakap ngan abah..."...dan aku anggap, gurauan abah...tp, abah akn tetap bercakap dgn ak..yg aku fikirkan,seorang ayah x mungkin berbohong merindui anaknya, sekalipun mereka sukar menunjukkan kasih sayang mereka..

'knp, isteri pk bak x bgtau ker yg badrul ade telefon??'

'pk bak da bercerai dgn ibu badrul lame dah..."..ak terdiam..bodoh betul mulut ak bertanya..ak da jdik canggung..mule lah ak x sedap duduk lg dah, bsalah pulak rasenye tanye pak bak mcm tuh...

kt luar tingkap, hujan masih rintik...ada sampah berterbangan..ada manusia masih menagih sisa malam...sejuk aircond kadang2 memberatkan mata ak tuk terus bertahan..mata ak da mule merah, trasa sembab dan ad prasaan mengantuk...

akhirnya, sampai jgklah kami kt umah along ak tepat jam 0010...lps ucapkn trima ksih n byr tambang, pak bak terus pergi...sbenarnya ada kesayuan pd keping2 hati pak bak..ak taular..pandangan pak bak dah x scerah mase pak bak ambik kami kt stesen lrt, senyum pak bak x lagi trasa hangatnya...(sbb hujan kot)..sempat aku jeling kad pengenalan id taxu driver yg dilekatkn kt dashboard kete; AHMAD BAKRI B SANUSI..

lame ak pikir punye pikir, ak renung punye renung...kisah pak bak nih..semalaman jugaklah..
hakikatnya, ak rindu abah!!!

pak bak seorang ayah..dh jd tgjwb pak bak tuk cari nafkah tuk support femeli dia lar kan...tambah pulak tanggungannya ramai...ape pandangan korang agaknya yer..
hati lelaki keras..pak bak yg cakap..dan aku agak dia refer kt diri dia sendiri dan jgak ank dia yg bernama badrul tersebut.. tp, ak jelas benar prasaan pak bak..

untuk renungan aku sendiri lah, ak xnak jd mcm badrul..badrul mgkin baik...mgkin ak pernah jd badrul, mgkin ak sdg jd badrul, mgkin ak akn jd badrul...
(tuhan, lindungilah aku...)

bg aku lah, pelaburan yg parent kite da laburkn atas stiap ank2 tu tlampau byk slame tempoh kite membesr...dan ak sgt pasti, xkn ada parent kt lam dunia ni yg sanggup biarkn plaburan mrk hancur berkecai..mcm kita main saham jugaklah sbenarnya..asalnya, kita ni xder nilai pun..tapi, parent kita ambik kita, jaga kita, didik kita sejak2 kite mmg xder nilai lansunglah!...byk yg mrk da korbankn untuk kta dlm proses nk memanusiakn kita..ak da x paham ap ak ckp nih..haiisshy!

senang citer, parent kite da cukup bersusah nk besarkn kita, n when we reach at some time...we might forget them??..
sunggoh ak takot...sesungguhnya Ya Allah, matikanlah aku sebelum sempat aku menderhaka kpd kedua ibu bapaku...

aku nk ulas panjang soal ni sbenarnya, tp skarang da lwt sgt..keje aku pun da bertimbun-timbun...
ini sbg renungan buat yg mahu berfikir...

satu.persoalan

tekadku hari ini,mengucapkan selamat tinggal pada masa lalu. bagiku hari ini, kemarin tenggelam bersama tenggelamnya matahari.aku tidak takut bertemu hari esok.karena hari esok penuh dengan harapan.hari esok merupakan masa yang belum tersentuh belum mempunyai bentuk. lalu mengapa aku harus menyibukkan diri dengan hal itu.